............

Tuesday 9 February 2016

PERKHEMAHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA FASA 1 PERINGKAT DAERAH JASIN




Perkhemahan Pra Pentarafan Pengakap Raja Fasa 1 Peringkat Daerah Jasin ini telah diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2016 yang lalu di SMKA Tun Perak, Jasin. Perkhemahan yang dirasmikan oleh En. Md. Amin bin Sadi, Timbalan Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Melaka telah disertai oleh 62 orang peserta dari sekolah sekolah di daerah Jasin iaitu dari SBP Integrasi Selandar,Kolej Yayasan Saad,MRSM Tun Ghaffar Baba, SMKA Tun Perak,SMK Jasin,SMK Nyalas,SMK Datok Bendahara, SMK Iskandar Shah dan SM Tahfiz Al Quran Chenderah.

Seramai 24 orang jurulatih Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah dibantu oleh 10 orang Kelana Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah telah melaksanakan aktiviti dengan lancar.

Antara agenda/objektif/ringkasan aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Penerangan berkenaan Pengakap Raja dan cara untuk mendapatkannya
    Lulus ujian lencana keahlian, Lencana Pengakap muda dan lencana pengakap remaja
2. Penyediaan Buku log (4buah iaitu log peribadi,log pengakap muda,log pengakap remaja dan log           ujian sikap semasa perkhemahan ujian sikap dilaksanakan.
3. Cara membuat bushmanthong, wogel dan anyaman ketupat
4. Kraf perkhemahan
5. Masakan rimba –roti lilit,telur dalam kentang
6. Kawad kaki dan kawad tongkat
7. Malam Kebudayaan.
8. Penerangan tongkat pengakap dan kegunaannya.
Share: