............

Tuesday 9 February 2016

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH JASIN BIL.1/2016




Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin telah berlangsung pada 21 Januari 2016 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Jasin bagi membuka lembaran baru dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang baru, Tn Hj Helmy bin Mustafa. 

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Penyelia Kokurikulum PPD Jasin, En Mohd Mogni Hamzah dan dihadiri seramai 24 orang Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah dimulakan dengan lafaz Persetiaan Pengakap oleh Pesuruhjaya Daerah. 

Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan Ahli Jawatankuasa Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin 2016-2017 dan perancangan  aktiviti tahunan  yang akan dilaksanakan antaranya, pendaftaran keahlian Pengakap bagi tahun 2016, Pekhemahan Pra Pentarafan Pengakap Raja Peringkat Daerah, Perhimpunan Pengakap Daerah Jasin dan Ujian Lencana bagi semua Unit Pengakap.
Turut dibincangkan jalinan kerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin dan lain lain agensi peringkat daerah.

Share: