............

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH JASIN 2016

Tarikh : 21 Januari 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Jasin

PERKHEMAHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA FASA 1 PERINGKAT DAERAH JASIN

Tarikh : 29-31 Januari 2016
Tempat : SMKA Tun Perak, Jasin

PERHIMPUNAN PENGAKAP DAERAH JASIN 2016

Tarikh : 26-28 Februari 2016
Tempat : SMKA Tun Perak, Jasin

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday 3 March 2016

PERKHEMAHAN PERHIMPUNAN PENGAKAP DAERAH JASIN 2016





Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2016 di SMKA Tun Perak & SMK Jasin. Program yang dirasmikan oleh Tn Zamrud bin Hj Yahya, Pegawai Daerah Jasin ini juga turut dihadiri oleh Tn. Hj Semail bin Bahari, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Melaka, En. Moghni bin Hamzah, Ketua Unit HEM PPD Jasin dan En. Md Amin bin Sadi, Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Daerah Jasin. 

Seramai 260  peserta dari sekolah rendah dan menengah di Daerah Jasin telah menyertai perhimpunan ini dengan dikendalikan oleh 26 orang Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah selaku jurulatih dan dibantu oleh 14 orang Pengakap Kelana UTem serta 26 Kelana Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah.

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli pengakap pelbagai unit dari kawasan Jasin dan aktiviti yang dijalankan antaranya mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari disekolah.Semua aktiviti diadakan dalam bentuk pertandingan bagi memberikan sijil pencapaian kepada semua peserta. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah kem kraf, ikatan dan simpulan, masakan rimba, model gadjet, kawad kaki dan malam pengakap.

Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan sijil penyertaan dan pencapaian kepada semua peserta. Manakala, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Melaka telah menyampaikan watikah pelantikan penolong pesuruhjaya pengakap daerah jasin dan perakuan pendaftaran bagi sekolah yang telah melaksanakan pendaftaran keahlian.
Share: